Mar 13, 2012
Encik Cerita

Akaun Simpanan KWSP – Apakah Akaun 1 & 2?

  • Sharebar

Kebanyakan yang baru pertama kali bekerja sudah tentu tidak begitu jelas mengenai maklumat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ada juga yang sudah lama bekerja tetapi tidak tahu keistimewaan yang diberikan oleh KWSP.

Secara keseluruhannya, Akaun KWSP- anda adalah merupakan caruman bulanan anda dan daripada majikan anda yang dikreditkan. Apakah itu akaun 1 KWSP dan akaun 2 KWSP pula?

Dibawah Akta KWSP 1991, berkuatkuasa dari 1 Januari 2007, akaun KWSP telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Akaun I dan Akaun II. Caruman yang diterima bagi pihak anda daripada majikan anda akan dikredit ke dalam kedua-dua akaun tersebut berdasarkan peratusan yang berikut:-

- Akaun I   – 70% daripada caruman bulanan

- Akaun II  – 30% daripada caruman bulanan

Akaun I

Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja, dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia (pembayaran akan dibuat kepada penama / waris).

Anda dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan anda sendiri.

Akaun II

Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:

- mencecah umur 50 tahun

- pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama

- penyelesaian baki pinjaman perumahan – rumah pertama

- pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda

- menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda

KWSP tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan bagi pengeluaran dari mana-mana akaun tersebut bagi tujuan selain daripada yang dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991; Peraturan dan Undang-undang KWSP 1991; dan  Surat Pekeliling dan Tatacara KWSP.

Maklumat ini diambil dari Laman Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Carian Anda:-

  • akaun 1 dan 2 kwsp
  • kwsp akaun 1 dan 2
  • akaun 1 kwsp
  • kegunaan akaun 2 kwsp
  • akaun kwsp yang boleh dikeluarkan
  • kwsp akaun 1 dan akaun 2
  • kegunaan akaun 1 kwsp
  • kwsp akaun 1
  • kwsp akaun 2
  • akaun 3 kwsp

Related Posts:

1 Comment

Leave a comment

CommentLuv badge

SPONSOR KAMI!