May 3, 2012
Encik Cerita

Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 Berita Harian (APC-BH 2011)

  • Sharebar

Ini untuk pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2011. Berita Harian memperkenalkan Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian 2011. Ianya kini dibuka untuk pencalaonan.

Anugerah ini dibahagikan mengikut tiga kategori peperiksaan iaitu terbuka kepada pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan pada tahun 2011. Calon perlulah salah seorang daripada pelajar yang menyertai program pendidikan anjuran Berita Harian iaitu Klinik UPSR, Seminar PMR dan Seminar SKOR A SPM 2011 sahaja yang layak dicalonkan, Ia juga termasuk sama ada program yang ditaja dan dianjur menerusi kerjasama Berita Harian.

Calon bukan sahaja cemerlang dari segi akademik iaitu memperoleh UPSR (5A), PMR (6A), SPM (8A), calon juga mesti menunjukan sahshiah yang baik dan juga aktif dalam bidang kokurikulum. 6 orang pelajar akan bagi setiap kategori akan dipilih untuk menerima anugerah tersebut.

Hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 Berita Harian

- Wang tunai RM1,000.00
- Trofi APC-BH
- Sijil penghargaan

Syarat-syarat Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 Berita Harian

- Pelajar cemerlang untuk anugerah ini mestilah mengikuti program Klinik UPSR, Seminar PMR dan Seminar SKOR A SPM sepanjang tahun 2011
- Calon perlu melengkapkan borang yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian atau sisipan Didik, Minda dan SKOR. Hanya borang asli saja yang akan dipertimbangkan untuk anugerah ini. Borang fotostat tidak diterima.
- Calon dikehendaki menyertakan salinan kad pengenalan, sijil/slip peperiksaan UPSR/PMR /SPM, sijil kokurikulum serta sijil penyertaan Klinik UPSR/Seminar PMR/Seminar SKOR A SPM.
- Borang yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mematuhi syarat dan peraturan akan dibatalkan.
Borang yang telah lengkap berserta dengan sijil yang dinyatakan dalam perkara 3 di atas mesti sampai pada atau sebelum 18 Mei 2012.
- Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.
- Keputusan penganjur muktamad. Segala bantahan atau rayuan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

Carian Anda:-

  • GAMBAR PELAJAR CEMERLANG PMR 2011
  • anugerah pelajar cemerlang berita harian 2011
  • gambar murid mengikuti seminar upsr
  • gambar pelajar menerima anugerah
  • APC-BH 2011
  • bila tarikh penghantaran sijil anugerah cemerlang berita harian
  • berita pelajar cemerlang
  • jadual skor berita harian
  • berita harian borang anugerah pelajar cemerlang
  • klinik upsr berita harian untuk 2013

Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a comment

CommentLuv badge

SPONSOR KAMI!