Aug 24, 2012
Encik Cerita

Cara Pendaftaran Bil TNB Atas Nama Penyewa

  • Sharebar

bil elektrik TNB
Encik Cerita tiada berita panas atau berita hot hendak dikongsikan pada kali ini. Tetapi memang sesuatu yang ingin disampaikan pada hari ini. Maklumat ini sangat berguna kepada semua pemilik rumah atau lebih fokus kepada tuan rumah yang menyewakan rumah kepada penyewa.

Segilintir daripada anda mungkin menghadapi masalah penyewa di mana sewa rumah, bil utiliti sperti bil air dan bil elektrik tidak dibayar. Bagi bil elektrik anda boleh menggunakan cara yang akan diterangkan selepas ini jika anda sebagai tuan rumah tidak mahu menanggung risiko tunggakan bil elektrik rumah sewa.

Cara yang dicadangkan adalah “tukar nama penyewa”. Sebelum ini bil elektrik dinamakan atas nama tuan rumah tetapi selepas penukaran bil akan dicaj atas nama penyewa. Penyewa harus beranggungjawab atas  jumlah bil elektrik pada setiap bulan.

Anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Pusat Khidmat Pelanggan TNB terdekat dan mengisi borang “Change of Tenancy Form“. Jangan lupa juga di mana anda juga perlu mengemukan beberapa dokumen sokongan seperti di bawah:-

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan Perjanjian Sewa Beli atau Perjanjian Sewaan
3. Bayaran pemporosesan pendaftran sebanyak RM3.00
4. Duti Setem sebanyak RM10 x 2*
5. Deposit dua (2) bulan samaada secara tunai/cek

* Satu dilekatkan pada borang dan di cop di Pejabat Hasil dan satu lagi dibawa bersama ke Pusat Khidmat Pelanggan TNB. 

Semoga tuan-tuan rumah tidak menghadapi masalah penyewa lagi. Bagaimana pula hendak menyemak bil TNB secara online?

Carian Anda:-

  • borang tukar nama tnb
  • cara tukar nama bil elektrik
  • cara tukar nama tnb
  • tukar nama pemilik air jabatan air
  • pendaftaran tnb
  • pendaftaran tnb online
  • borang pertukaran nama tnb
  • tukar nama bil tnb
  • tnb tukar nama
  • borang untuk apply elektrik TNB daripada menyewa

Related Posts:

Leave a comment

CommentLuv badge

SPONSOR KAMI!