May 2, 2012
Encik Cerita

Pengesahan JPN Tentang Nama Bayi Beragama Hindu

  • Sharebar

Satu pengesahan telah dibuat oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara mengenai isu nama penganut hindu yang sering dikaitkan dengan pertengahan A/L (Lelaki) dan A/P (Perempuan).

Tetapi kini ianya bukan masalah atau isu lagi kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui laman Facebook mereka telah memberikan pengesahan yang sungguh jelas bahawa pertengahan tersebut tidak perlu diguna pakai lagi oleh rakyat Malaysia beragama hindu.

Jikalau sebelum ini ianya sebegini [Abcdefghi A/L Klmnopqrst] tetapi kini ianya hanya begini [Abcdefghi  Klmnopqrst]. Lihat pada gambar dibawah:-

[Klik bagi memperbesarkan gambar]
Kredit: Poobalan

 

Carian Anda:-

  • nama artis beragama hindu
  • jpn anak lelaki
  • nama bayi lelaki terkini
  • ANAK ARTIS
  • nama bayi lelaki
  • nama bayi lelaki hindu
  • a/l jpn
  • nama bayi hindu lelaki
  • nama bayi perempuan hindu terkini
  • nama bayi perempuan terkini hindu

Related Posts:

  • No Related Posts

1 Comment

  • Saya membantah Jabatan Pendaftaran Negara mengguguran penggunaan A/L dan A/P bagi orang beragama Hindu. A/L untuk membezakan lelaki bagi Hindu dan A/P bagi wanita Hindu. Penggunaan A/L dan A/P di tengah memudahkan rakyat Malaysia membezakan di antara lelaki Hindu dan wanita Hindu serta agama Hindu. Begitu juga jika gunakan Bin bagi lelaki Melayu dan Binti bagi wanita Melayu. Apabila rakyat Malaysia melihat nama di tengah ada Bin / Binti sudah pasti orang Melayu beragama Islam serta Bin / Binti membezakan jantina. S/O (A/L) dan D/O (A/P) telah digunakan kepada orang India beragama Hindu semenjak penjajah British hingga sekarang. Jika perkara yang baik tidak perlulah diubah-ubahkan kerana sudah digunakan sejak zaman pemerintahan British hingga Malaysia Merdeka. Biasanya perkara yang tidak baik baru diubah kepada perkara yang baik. Perkara yang baik tidak perlu diubahkan kepada perkara yang tidak baik. Saya hairan MCA dan Gerakan selalu berlagak untuk menunjukkan kepandaian dan kebijaksanaan perkara yang baik selalu diubahkan kepada perkara yang tidak baik untuk menunjukkan bahawa MCA, Gerakan dan Barisan Nasional ada menjalankan tugas. Tetapi MCA, Gerakan tidak tahu mereka melakukan perkara yang bodoh untuk menghancurkan negara. Perkara yang baik tidak perlu diubah dan perkara yang tidak baik perlu diubah. ISA perlu diubah tidak diubahkan. Bankrapsi perlu diubah sehingga kini tidak diubah. Jika sesiapa bankrapsi ia akan sengsara sepanjang hidup bankrap. Di banyak Negara dalam dunia bankrapsi hanya dalam satu tempoh masa sahaja iaitu ada negara mengenakan bankrapsi 6 bulan / 12 bulan / 18 bulan / 24 bulan / 30 bulan atau 36 bulan. Akta Universiti dan Kolej serta Akta percetakan perlu diubah sehingga kini tidak diubahkan. Ini disebabkan ramai AJK parti-parti komponen Barisan Nasional tidak berpelajaran tinggi iaitu hanya kelayakan Darjah 6 atau Tingkatan 3 sahaja di cawangan dan bahagian yang menyebabkan ilmu pengetahuan mereka kurang dan tidak tahu membuat kajian atau penyelidikan untuk meminda semua Akta yang tidak relevan serta tidak tahu mengkaji untuk kemajuan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

SPONSOR KAMI!