Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2013
Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 pada tahun ini, jangan terlepas Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2013. Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun membuka permohonan kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014.
Antara jurusan / aliran Program Matrikulasi yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Jurusan/Aliran Program Matrikulasi
# Jurusan Sains (M001)
# Jurusan Perakaunan (M003)
# Aliran Teknikal (M007)
Jangka Masa Program
# Dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) – Kemasukan bulan Mei.
# Empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) – Kemasukan bulan Jun.
Butiran Kelayakan Memohon Program Matrikulasi:-
# Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
# Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013.
# Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
# Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.
# Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau
Biologi.
# Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana
dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan,
Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
# Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan
mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
Syarat Kelayakan Minimum Akademik PST:
Jurusan Sains (M001)
# C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
# B dalam Matematik
# C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
# C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
# E dalam Matematik Tambahan
# C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik,
Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan).
Aliran Teknikal (M007)
# C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
# B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
# E dalam Kimia
# C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Syarat Kelayakan Minimum Akademik PDT
# C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
# D dalam Matematik Tambahan
# C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
Cara Memohon Program Matrikulasi
Permohonan Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI) tetapi sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN terdekat dengan bayaran harga RM6.00 ataupun melalui guru atau kaunselor sekolah.
Permohonan melalui internet
“Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2013/2014″
Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat lebih terperinci:
# Panduan Mengisi Borang
# Borang Permohonan Matrikulasi PMI
# Kemaskini Permohonan Matrikulasi
# Semakan Permohonan Matrikulasi
Tarikh tutup: 10 Oktober 2012.
Semakan Permohonan Matrikulasi: Diramal awal atau pertengahan bulan April 2013
Kredit: ePutra
Carian Anda:-
- syarat kemasukan matrikulasi kpm
- syarat kemasukan ke matrikulasi perakaunan
- syarat matrikulasi 2013
- syarat kemasukan ke matrikulasi 2013
- syarat kelayakan ke matrikulasi 2013
- syarat kelayakan matrikulasi 2013
- syarat kemasukan matrikulasi 2013
- semakan matrikulasi 2013 2014
- permohonan ke matrikulasi 2013 2014
- syarat kemasukan matrikulasi perakaunan
Related Posts:
2 Comments
Leave a comment
SPONSOR KAMI!
Komen Terkini
- Aznan on Jumlah Penduduk Malaysia 2010
- maslinda on Beg Lampin Pintar Yang Boleh Dilipat
- maisara on Safee Sali Cerai Sabarina , Siapa Calon Seterusnya?




blog yg sangat berinformatif! silalah jenguk blog saya.http://ceritakini.com/
[Reply]
Tuan/Puan,
Harap server diselenggarakan dengan baik. Percubaan saya sebanyak 21 kali untuk menghantar boramg PMI tidak berjaya (server error). Sila ambil perhatian.
[Reply]