Apakah itu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
Ini adalah sesuatu yang penting bagi semua pengguna jalan raya. Kerajaan telah pun memasang 14 kamera AES seluruh negari sebagai permulaan dalam fasa pertamanya.
Bagaimana AES Berfungsi
1. AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
2. Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
3. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
4. Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Antara kesalahan yang boleh dikesan oleh Sistem AES pada masa sekarang hanyalah:-
- Tidak mematuhi lampu isyarat
- Memandu melebihi had laju
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) anda boleh rujuk di FAQ ini.
P/s: Encik Cerita pernah jumpa kamera AES ini dekat Jalan Ipoh, KL (lampu isyarat simpang ke Lotus Fivestar Sentul) sejak beberapa bulan lalu.
14 Lokasi Kamera AES Di Malaysia
Carian Anda:-
- apakah aes
- sistem aes
- Sistem Penguatkuasaan Automatik
- Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
- faq sistem aes
- bagaimana aes berfungsi
- camera aes
- cara aes berfungsi
- sistem aes di malaysia
- bagaimana kamera aes berfungsi
Related Posts:
2 Comments
Leave a comment
SPONSOR KAMI!
Komen Terkini
- Aznan on Jumlah Penduduk Malaysia 2010
- maslinda on Beg Lampin Pintar Yang Boleh Dilipat
- maisara on Safee Sali Cerai Sabarina , Siapa Calon Seterusnya?




[...] Check here for more…. [...]
sistem untuk kebaikan orang ramai memang dialu alukan …tapi kalau sistem itu untuk mengaut keuntungan harus kita tentang habis habisan… Saya kira sistem AES ini dari wajah permukaan depan memang ada juga kebaikan supaya pemandu dapat desipilinkan diri semasa memandu kenderaan….tapi alasan memasang AES ini dikatakan untuk menyelamatkan penguna kenderaan dijalanraya…mengikut perangkaan atau data yang dikumpul menunjukkan bahawa tempat tempat yang dipasang AES ini adalah tempat yang selalu tidak berlaku kemalangan.. saya rasa ini punca ramai orang tidak bersetuju dengan perlaksanaan sistem ini…Yang kaya nanti adalah pihak swasta yang memasang sistem ini kerana tempat tempat ini adalah tempat perangkap bukan tempat berlaku kemalangan… Sudah sampai masanya untuk JPJ menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan …menentukan hala tuju kementerian pengangkutan bagaimana untuk berkhidmat untuk raayat dan bukan untuk mengenakan raayat,,,salah langkah akan akibatkan segala usaha Perdana Menteri Najib merapatkan raayat dengan kerajaan akan jadi sia sia dan akibat dari sistem AES ini akan diputar belitkan dalam kempen PRU 13 ini. Datuk Solah tak bertanding dan bukan orang politik tapi Dato’ Menteri macammana bole ambik resiko ke… kena cari tempat selamat lah jawab nya. Kemalangan jalan raya bukan hanya berpunca dari kelajuan 100 kmsj atau 120 kmsj…banyak aspek yang perlu dilihat dan dikaji sebelum sistem aes ini dapat diluluskan… JPJ mempunyai pendapatan yang lumayan serta satu asset kepada perbendaharaan negara,, dulu dah bagi pada pusat latihan dan pada puspakom.. beban kerja jpj dah kurang… sekarang penguatkuasaan nak diswastakan dengan sistem aes. JPJ harus titik beratkan keberkesanan latihan sekolah sekolah memandu yang mengeluarkan pemandu..caj saja yang mahal takut takde kualliti…kebanyakan kemalangan adalah kerna CUAI sikap pemandu … jalan tak elok… dan banyak lagi faktor yang bole mengakibatkan kemalangan. Kalau bole adakan latihan secara maya dan simulasi semasa mengambil ujian memandu macam nak jadi juruterbang… baru kita dapat tengok reaksi pemandu apabila ada satu satu perkara berlaku secara sepontan dan bagaimana pemandu mengambil tindakan bagi mengelakan kemalangan…lebih baik belanja disini daripada menyusahkan raayat. Tarik balik lesen pemandu yang didapati mabok.. dadah…panas baran,,,samseng…kaki lumba…dan cuba mendidik dan mengeluarkan pemandu yang berhemah sahaja,,,, Saya juga sokong sekiranya penguatkuasaan ini diserahkan kepada pihak polis sahaja yang menjalankan tugas untuk perangkap laju tempat tempat yang selalu berlaku kemalangan, Pihak SPAD diberi tugas untuk memastikan pemandu kenderaan perdagangan dilatih dan diberi tunjuk ajar supaya setiap pemandu kenderaan perdagangan ini adalah berintegeriti tinggi. Jadi JPJ cuba buat sesuatu yang memberi manafaat pada raayaat terutamanya pemandu. fikir fikir jpj
[Reply]