Jan 13, 2012
Encik Cerita

Maklumat Penuh: Syarat Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

  • Sharebar

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Baru- baru ini ,Perdana Menteri kita ada Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah. Perkara ini telah pun diumumkan semasa Bajet 2012 dibentangkan di parlimen pada tahun lepas.


Undi “CeritaKini.Com” Untuk Upcoming Blogger of the Year

 

Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.

Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

> Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
> Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
> Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri-Ciri Pinjaman Untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

> Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
> Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
> Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
> Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
3. Peserta didapati muflis; atau
4. Peserta meninggal dunia.

Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
- Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
- ASB Sejahtera; dan
- ASW 2020 Bandar

> Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
> Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

> Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

-Bumiputera – 50%
-Cina – 30%
-India – 15%
-Lain-lain – 5%

  • > Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • > Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

  • > Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • >Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama

  • > Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • > Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • > Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • > Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • > Borang Jualan Balik ASNB 31
  • > Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • > Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan

  • > Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • > Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • > Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • - Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • - Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Bagi mendapatkan keterangan lanjut anda boleh melayari laman web SARA 1Malaysia.

 

 

Carian Anda:-

  • asb 1 malaysia 2012
  • asb 1 malaysia
  • pinjaman asb 1 malaysia
  • syarat pinjaman asb maybank 2012
  • syarat saham 1 malaysia
  • amanah saham sara
  • saham 1malaysia rm5000
  • bantuan suri rumah
  • pinjaman peribadi untuk suri rumah 2012
  • pinjaman peribadi untuk suri rumah

Related Posts:

  • No Related Posts

236 Comments

  • [...] Klik Sini Untuk Bahasa Melayu: Syarat & Info Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1M… [...]

  • Salam, nak tnya, studnt universiti boleh apply ke skim ni? -ikut syarat wang simpanan kurang dri rm5000.

    Terima kasih.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @kamal : Isi rumah berpendapatan antara RM500 – RM3000 sebulan dan pendapatan hasil kombinasi suami isteri atau ibu bapa tunggal. (Jadi, pemohon harus lar berkahwin)

    [Reply]

  • salam 1Malaysia….bujang yang menyara ibu yang uzur serta tak boleh berjalan lagi…macamnaya ya…???apakah si bujang boleh mewakili ibu nya dalam sara 1malaysia…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Syarat2 termaktub begitu. Sila dapatkan maklumat mengenainya di bank yang mengambil bahagian terdekat.

    [Reply]

  • salam…saya nak tanya.

    isteri saya ada membuat pinjaman simpanan tetap (ASB)
    RM 10,000.00 di mybank.
    bayaran balik sebanyak RM70.00 sebulan selama 10 tahun.
    pendapatan kami kurang dari RM1000.00 sebulan.
    adakah saya layak untuk memohon saham ni?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @jamaluddin: saya rasa anda memang layak kerana mematuhi syarat kelayakan seperti:

    1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
    2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

    > Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

    [Reply]

    norasma Reply:

    saya dan suami berniaga kecil-lan,asb ada rm1,100 suami rm652.35,untuk ank2 pula,yg pertama 1,497.76,yg kedua rm651.98,ank2 dlm buku akaun remaja asb.pndpatn lebih kurang rm1.200untuk seisi rumah sebulan. adakah kami layak untuk skim ini?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Dengan maklumat yg anda berikan mungkin anda layak.

  • Saya pesara tentera isteri tak berkerja, mempunyai pendapatan RM1,500.00(pencen) setelah ditolak pinjaman perumahan RM 240.00. Saya ada membuat pijaman ASB melalui Maybank sebanyak RM 20,000.00 bulanan RM 222.00 sebulan. Adakah saya layak untuk memohon skim Amanah Rakyat 1 Malaysia…?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    kemungkinan anda tidak layak memohon kerana syarat:

    > Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

    [Reply]

  • saya nak tanya..saya memang tidak bekerja tetapi suami saya tentara.saya mempunyai akaun asb tetapi dah lame tidak aktif.adakah saya layak untuk membuat permohonan atas nama suami saya.kerana saya tiada pendapatan.sekian,terima kasih.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Pertama sekali kena rujuk gaji suami mimiey berape dan seterusnya disebabkan puan mempunyai akaun asb, mimiey kena patuhi kelayakan ini:-

    > Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

    [Reply]

  • 1. Dalam syariah Islam ( Islamic Compliant ? ) bagaiman. Halal kah ia sila jelaskan

    2. Sepatutnya dilanjutkan ke mereka yang berumur 65 Tahun.

    Terima kasih

    [Reply]

  • Saya bekerja swasta, dan mendapat gaji pokok sebanyak RM2500, kalau dicampur dengan allown pendapatan sebulan diantara rm2900 ~ 3100. Adakah saya layak memohon pinjaman ini.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Massa: tidak layak sekiranya gaji anda RM3000 ke atas.

    [Reply]

    Massa Reply:

    3000 tu, Basic gaji ke atau selepas ditambah alaun.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Gaji kasar = 3000. Gaji selepas ditambah semua elaun/imbuhan atau sebagainya.

  • Dalam satu isi rumah, suami dan isteri (kedua2) layak memohon atau hanya salah satu sahaja yang layak untuk memohon SARA 1 malaysia.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Salah seorang sahaja, pendapatan isi rumah merupakan pendapatan keluarga (Isteri+Suami) bukan individu, jadi hanya seorang layak.

    [Reply]

  • Salam. Kalau saya nak memohon Skim Sara 1 Malaysia bagaimana?. Saya seorang ibu tunggal ada 2 orang anak. Saya bekerja di syarikat swasta. Pendapatan saya lebih kurang RM2,000.00 sebulan. Dalam akaun ASB saya mempunyai simpanan melebihi RM10,000.00. Adakah saya layak. Kalau saya tak layak adakah boleh saya mengeluarkan simpanan ASB dan membiarkan bakinya kurang dari RM10,000.00. Tq

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Rosni: Anda tidak layak kerana simpanan ASB melebihi RM10000, tetapi tidak pasti jika keluarkannya boleh melayakan anda .

    [Reply]

  • ..Salam,saya nak tanya
    1-Bagaimana dgn bonus tahunan,iatu cara bayaranya dan bolehkah kita mengeluarkan sama seperti pinjaman ASB.
    2-Kiranya meninggal atau kemalangan,pinjaman itu tidak boleh dibayar,nacamana dengan jumlah wang yang telah dibayar dan baki yang ada.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Rujuk di bank berdekatan yang menyertai program ini.

    [Reply]

  • saya nak tanya sekiranya saya ada buat pinjaman utk ASB ,bolehkah saya melabur dalam amanah ni dgn duit sendiri pula.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Suhada: Anda boleh tetapi pastikan ASB adna tdak melebihi RM10000

    [Reply]

  • SAYA DAN SUAMI SAYA ADA BLACKLIST DI BANK, BOLEH TAK KAMI MEMOHON

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Munis: Tidak Layak.

    [Reply]

  • SAYA PEKERJA SWASTA PENDAPATAN SAYA RM1000 ISTERI TAK BERKERJA MASALAHNYA SAYA BLACKLIST DENGAN BANK BOLEH TAK SAYA BUAT PINJAMAN UNTUK SARA 1 MALAYSIA DAN ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK SKIM INI

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Kamal: Tidak Layak.

    [Reply]

  • 1.mempunyai ibu yang berumur 50 lebih,tiada pendapatan bulanan. Hanya mendapat rm200 sebulan dari menantunya..
    layak atau tidak?
    2. kakak dan suaminya brpendapatan kurang dari rm1000,kakak tidak bekerja..
    layak atau tidak?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Mary, kedua-dua mereka layak.

    [Reply]

  • nak tnya saya boleh mohon tp sy x keja suri rumah…suami saya blaklist

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Sue: Boleh mohon

    [Reply]

  • saya surirumah tp mempunyai pendapatan sampingan…menjahit….ingin memohon…layak ke tp suami saya blicklist…pendapatan bawah 3000…tangungan 5 org bersekolah

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Yana: Boleh mohon atas nama Yana tp pastikan gaji suami + isteri tidak melebihi RM3000

    [Reply]

  • saya ade membuat pinjaman asb RM10,000 dekat bank tp masih ada baki yg belum dijelaskan selama 8 tahun lagi pendapat RM2,900.00 keluarga sebulan layak ke saya mememohon. kalau tidak boleh buat pinjaman boleh ke saya melabur dgn buit sendiri

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Syamira boleh tapi pastikan anda memenuhi semua kriteria dan peraturan.

    [Reply]

  • walaupun suami saya blicklist dan saya suri rumah boleh ke mohon….

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Yana: boleh atas nama yana.

    [Reply]

  • bolehkah saya memohon tp ada blacklist penjamin…tp x pasti lagi

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Misah: pastikan dahulu.

    [Reply]

  • Slip gaji bulan Disember campur bonus lebih daripada rm3000.
    Selain itu tidak pernah lebih dari rm3000
    Adakah saya layak .

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Ron: Layak

    [Reply]

  • Tuan/Puan,

    Saya seorang bujang berumur 37 tahun tinggal bersama ibu saya yang menerima pencen RM1150.00. Saya bekerja di bahagian swasta dan gaji saya sebanyak RM1500.00. Bolehkah saya memohon?

    Sekian, terima kasih.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Anooratha: Isi Rumah yang layak =

    > Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
    >Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

    [Reply]

  • syseorang tentera gaji rm 2295. isteri tidak berkerja dan mempunyai 2org anak. sy ada pinjaman peribadi asb dgn maybank rm 50000 sbln bayar rm 434.. adakah sy layak ? atau isteri blh memohon..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Nazri: Tidak layak kerana mempunyai simpanan ASB lebih dari RM10000

    [Reply]

  • encik,saya dan suami pendapatan rm2500.00 sebulan ,tetapi saya tidak mampu untuk mulakan amanah saham 1 malaysia dengan rm5000.00 bolehkan saya mulakan dengan rm 1000.00 dan berapakh minimumnya?saya tidah mahu buat pinjaman..hanya buka akaun unit sendiri..layakkah saya?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Edzan: Sila rujuk di bank berdekatan yang menyertai program ini.

    [Reply]

  • salam…saya ingin bertanya…saya tidak bekerja dan suami saya berpendapatan kasar sebanyak rm 1500-rm1800..
    sekarang suami sy ade buat loan untuk beli kereta..
    Tapi suami saya tidak pernah buat pinjaman dengan ASB..
    Baki akaun ASB bawah rm10,000…
    Adakah suami saya layak memohon skim ini?

    Terima kasih.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Iqa: layak

    [Reply]

  • Suami saya ader buat loan ASB RM 50,000 dengan RHB.. tapi kami nak hentikan selepas lima tahun, kerana tak mampu bayar..saya kerani gaji RM1,500 dan suami berniaga burger, pendapatan tak tendu dalam RM 500-RM1000 sebulan..saya layak ker?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Kemungnkinan tidak layak kerana ASB bernilai RM50000. Anda masih mempunyai jumlah pelaburan tersebut walaupun masih berhutang. ape pun rujuk pihak bank terpilih untu program ini.

    [Reply]

  • Ayah saya dah berumur 60 tahun dan berkerja sendiri (tiada slip gaji) manakala ibu saya merupakan seorang suri rumah..Disini, saya ingin mengalakkan ibu saya untuk memohon SARA 1 Malaysia..akan tetapi dia tidak mempunya slip gaji..jadi macam mana kah itu ?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Wendy: Mungkin memerlukan pengesahan pendapatan dari orang tertentu. Dapatkan penjelasan di bank terpilih.

    [Reply]

  • ketatnya syarat-syarat Saham ! Malaysia….. patut le saya tengok dalam seminggu ni ramai yang keluarkan ASB dalam jumlah yang banyak… rupanya nak kurangkan pelaburan dalam ASB…… kalau ini keadaannya….. pihak tertentu perlu telus dengan syarat syarat ni…. individu yang kurangkan pelaburan ASB dalam masa terdekat ni macam mana…? layak ke mereka memohon..? tak ada bezanya dengan yang kekal melabur dalam ASB melebihi 10,000 unit…pasti banyak yang sepatutnya tidak layak melabur lulus dalam permohonan mereka untuk saham SARA… tapi yang berpendapatan sedikit cuma ada simpanan untuk hari tua melebihi 10.000 pasti tidak layak…… pihak tertentu tolong buat kajian dalam hal ini….

    [Reply]

    Aly Reply:

    Kenapa saya punya pandangan tidak dikomen……???

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Tidak pasti dengan keadaan sebegitu. Sudah tentu kerajaan perlu mengambil tindakan yang sepatutnya.

    [Reply]

    woon@cat Reply:

    saya pun setuju dengan soalan yang diajukan…tolong la pantau dan siasat…supaya ianya x diepolitasikan setengah pihak…yang mahu kaut untung dengan cara senang…

    [Reply]

  • Salam,

    Bapa saya berumur 57 tahun, kini bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendapatan kasar kurang dari 1000 sebulan. Adakah layak memohon? dan bagaimanakah caranya?.
    ADakah perlu menyediakan slip gaji bulanannya?..sekiranya tiada penyata gaji, bagaimana?..

    terima kasih

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @zul: layak. Rujuk dokumen yg diperlukan diatas.. dapatkan pengesahan gaji dari majikan.

    [Reply]

  • saye bekerja ambil upah…tidak mempunyai slip gaji..gaji bini saya RM800..pendapatan kasar kami berdua lebih kurang RM1600…adakah saya layak untuk menerima nie…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @eijam: Layak

    [Reply]

  • SAYA ADA MEMBUAT LOAN ASB RM15000 BAYARAN SEBULAN SEBANYAK RM98,PENDAPAT SAYA DAN SUAMI RM2200 ADAKAH SUAMI SAYA BOLEH MEMBUAT SARA 1 MALAYSIA

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Sha: rasanya tidak layak kerana anda mempunyai pelaburan ASB sebanyak RM15000

    > Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

    [Reply]

  • Salam, saya nak tya smda saya layak atau tidak. Ayah saya anggota polis dgn gaji RM4K +. saya pula bekerja dlm syrikat swasta dgn gaji pokok RM1.9K.
    1. jumlah terkumpul utk kelayakan adalah kurang dr RM3K seisi rumah, adakah ianya dikira selepas potongan gaji bersih? Selepas potongan gj sy dpt RM1691, manakala bapa sy dpt RM1K +…
    2. so, jumlah terkumpul RM3K, dikira mcm mana? gaji pokok atau gaji bersih?

    Sekian…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Aisha, ianya sudah semestinya dikira mengikut gaji kasar*.

    *Pembetulan

    Syarat: 2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

    [Reply]

  • saya x paham berapa kita harus kuarkan dt tuk byr bln2 lau pjm bnk 5000…tuk saham 1 malaysia….

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @suee: Jikalau buat pinjaman, mereka akan memotong dari dividen bulanan.

    [Reply]

    adam Reply:

    berapa tahunkan tamat matangnya loan 5,000 ini.

    [Reply]

  • saya seorang yang berkerja sendiri dan berpendapatan lebih kurang rm500 sebulan. isteri saya mempunyai pinjaman asb rm5000 dan isteri saya mendapat rumah PPRT.adakah saya layak untuk memohon skim iini?

    [Reply]

  • saya seorang yang berpendapatan rm500 sebulan. isteri saya mempunyai pinjaman asb rm5000 dan dia mendapat bantuan rumah PPRT. adakah saya layak untuk memohon skim ini?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Mohd Sejali,

    Kemungkinan anda layak kerana anda berpendapatan RM500, dan isteri anda mempunyai asb kurang dari RM10ribu. pastikan total bersih gaji anda dan isteri anda (sekiranya isteri anda bekerja) adalah tidak lebih rm3ribu.;

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Mohd Sejali: Sekiranya pendapatan kasar melebihi RM3000, anda tidak layak.

    [Reply]

  • sekiranya saya menggunakn duit sendiri rm30 ribu ,,, adakah boleh??

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Sam,

    Jumlah max pembelian saham ini adalah RM5 ribu…

    [Reply]

  • Gaji saya RM3129.00. Tapi selepas tolak hutang rumah, pinjaman peribadi, insuran dan pptn, gaji tinggal lebih kurang RM1350.00 ( dalam slip gaji ) belum lagi tolak satu lagi hutang pinjaman RM281.37, tinggal la duit gaji lebih kurang RM1018.00. Campur pendapatan suami yang tak menentu lebih kurang RM500.00 sebulan. Tanggungan anak 6 orang semuanya bersekolah. Agakagak saya layak tak?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam hamidah,

    Ya anda layak. Sediakan dokumen yg diperlukan exp. slip gaji anda dan suami. sekiranya tiada slip gaji, sediakan surat yg telah disahkan utk mengesahkan gaji anda dn suami

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Hamidah: Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

    Sekiranya pendapatan kasar melebihi RM3000, anda tidak layak.

    [Reply]

    Amy Reply:

    salam 1 malaysia…nak tanya ye..kalau buat pinjaman RM5000 tu dekat bank2 terpilih ada bunga bayaran balik x? B’apa kena bayar sebulan?

    Pelaburan ni selamat ke…mana tahu tiba-tiba saja bengkrap ada jaminan tak untuk pelabur terutama mereka yang d luar bandar…ada ka bayaran pinjaman tetap d teruskan…

    Kalau buat pelaburan guna duit sendiri macam mana ye? duit tu bole keluar kan saat emergency ke?

  • -gaji saya rm 2000++ dan isteri saya ade buat loan asb rm 20000.adakah saya layak?
    -jika saya melabur 5000,adakah dividen rm 130 diberi tiap2 bulan dan dimasukkan ke akaun asb ke..

    [Reply]

    razak Reply:

    pelaburan nie bermula pada 30hb hingga??

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Razak,

    Kalo xsilap saya baca, ianya buka dalam tempoh 1 tahun tapi sekiranya unit saham yang disediakan habis, maka pendaftaran pelaburan ini akan ditutup, tp diharap kerajaan akan menambah unit saham sekirannya ianya tidak mencukupi.

    [Reply]

  • sy bapa tunggal,gaji pokok 3625…gaji bersih 2200…layak ke?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Andika,

    Ya, anda layak. Pastikan sekiranya anda telah berkeluarga, total gaji bersih anda dan isteri adalah kurang dari RM3ribu..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Pembetulan: Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

    Sekiranya pendapatan kasar melebihi RM3000, anda tidak layak.

    [Reply]

  • saya ade wt pinjaman asb sbyk rm15k…adekah saya layak utk wat skim amanah rakyat 1 malaysia??

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Nazariah,

    Sy menjawab bg pihak admin… Admin kalo salah tolong betulkan..hehehee

    Kalo kes Nazariah, anda xlayak kerana dlm syarat, sesiapa mempunyai duit dalam akaun asb melebihi RM10K, tidak layak…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @A’isha: Terima Kasih. Betul sama sekali.

    [Reply]

  • Salam…sy nk tanya camne nk aply skim nie?dan lau leh pinjam brp kena byr sebulan?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Kalo xsalah pemahaman sy, skim ini akan dibuka pada 31 Jan 2012. ianya terhad dengan konsep siapa cepat dia dapat. tp diharap ianya mencukupi utk rakyat yang layak mendapat skim ini. Untuk skim ini, ada 2 cara:
    1. Melabur dengan menggunakan duit sendiri, maka dengan ini, dividen bulanan adalah RM134. Dividen ini boleh diambil atau dibiarkan sahaja dalam saham, sehingga akhir tahun ke-5, anda akan mendapat RM13K bersih.

    2. Loan dari pihak bank (hanya bank terpilih – CIMB, Maybank, Rhb, Bank Islam) RM5K. Dengan ini dividen bulanan yg anda akan dapat adalah RM50, kerana RM84 pihak bank telah tolah untuk membayar loan yang anda pinjam. – Ini yang saya xpasti, skiranya anda tidak mahu pihak bank memotong loan anda sebyak RM84, anda boleh mengambil inisiatif sendiri dengan membayar pihak bank sebanyak rm84 sebulan, dengan ini, pihak bank tidak akan memotong anak saham/dividen saham anda.

    Jadi, utk cara ke-2, pada dasarnya anda turut akan dapat rm13k slpas tahun ke-5, namun pada hakikatnya anda hya mendapat untung bersih sbyk rm8k selepas ditolak dgn loan rm5k dari pihak bank.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @A’isha: Betul tu..

    [Reply]

    mira Reply:

    owhhhh…jadi kalo cara ke2 tu means, kita xperlu bayar apa2 la selepas isi permohonan sb sepenuhnya rm 5000 tu pinjaman dari bank.. n bayaran bulanan kita minta bank tolak dari dividen.

    tapi baki dividen masih ada rm50, kita boleh bawa keluar x?.

    lebih baik simpan n amik pas cukup tempoh matang

    [Reply]

  • salam,gaji saya tambah elaun dapat rm2450.tapi kalau ada ot boleh dapat hingga rm3100.00.ia bergantung kepada ot yg tidak menentu.layak kah untuk saya memohon .URL

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Sanusi: Anda perlu merujuk pada pihak bank.

    [Reply]

  • > Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

    -Bumiputera – 50%
    -Cina – 30%
    -India – 15%
    -Lain-lain – 5%

    INIKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 1 MALAYSIA……????????????

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Shami,

    Maaf sekiranya penjelasan ini agak berat tuk diterima, mungkin pihak kerajaan ingin membantu pihak bumiputera utk mempertingkatan taraf kehidupan mereka krna mgkin ranking ekonomi, bumiputera adalah terendah skali. tidak dinafikan kaum lain ada yg ekonomi xstabil, namun tidaklah sebyk bumiputera. jadi ianya kena diseimbangkan agar pada satu tahap akan datang, kita smua berada pada tahap yg sama..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Shami:Tiada komen. Kerajaan perlu menjawabnya.

    [Reply]

    Thank Najib Reply:

    Bumiputera tu banyak..cth macam d sarawak. Ada lebih 20 bangsa di kategorikan di bawah Bumiputera. so,kire Lump Sam ler agaknyer.. tak kan nak senarai semua kott.. :)

    [Reply]

  • saya buat pinjaman ASB rm 25000…baru berjalan 2tahun setengah…bulanan rm171.00 jumlah simpanan x sampai 10000….gaji kasar saya dan suami rm2900…Adakah saya layak…tkasih..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Norie: Tidak Layak

    [Reply]

  • saya seorang yang blacklist,adakah saya layak memohon sara 1malaysia dengan memggunakan wang simpanan sendiri?
    ain recently posted..All about Dynamic Views for Readers – Blogger HelpMy Profile

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @ain: Tidak Layak

    [Reply]

  • jika saya tidak berkerja adakah boleh memohon sara 1 malaysia menggunakan duet simpanan sendiri?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @hasnah: Pastikan jumlah pendapatan isi rumah adalah RM3000 dan kebawah.

    [Reply]

    hasnah Reply:

    saya tidak berkerja tetapi menggunakan simpanan sendiri, jika ingin memohon menggunakan duit sendiri,adakah memerlukan resit gaji? kalau suami saya blacklist, saya masih boleh memohon ke dengan menggunakan resit gaji suami ?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Itu saya kurang pasti, kalo mgunakan ats nama anda mgkin melayakan anda.

  • kalau sy suri rumah mcm mana dgn slip gaji,….suami sy bliklist boleh ke sy memohon…basic suami sy 2900 tp selepas ptg tggl 1600….layak ke

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Su,

    Kemungkinan atas nama anda, anda layak. Nak mta pendapat admin jga kerana saya kurang jelas psl blacklist..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Su: yang blacklist tidak layak, tetapi pasangan nya mungkin layak.

    [Reply]

  • pinjaman 5 ribu,akan diberi terus atau sampai habis dibayar?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Norekie,

    Dari pemahaman sy, dalam saham tu kena ada minimum 100 unit utk kekal aktif. Loan/pjam dr bank yg terpilih RM5ribu. Minta pandangan admin.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Minta Norekie bertanya soalan dengan jelas. Pinjaman tidak akan diberi secara tunai kepada pelabur.akan dilaburkan terus.

    [Reply]

  • Ibu saya berumur 45 tahun .. Ayah saya sudah meninggal dunia pada 03.05.2010 . Pendapatan Ibu lebih kurang RM700 sebulan . Saya masih belajar . Adakah ibu saya layak untuk mendapat bantuan ini ??

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Vinothini: Yes, Layak

    [Reply]

  • saya ingin memohon pinjaman tersebut tp dlm akaun ada rm100.00.
    adakah layak untuk saya memohon.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @wann: anda boleh membuat pinjaman untuk pelaburan tersebut.

    [Reply]

  • sy akn mula bekerja pd awl feb ini dan belum berkahwin.adakah sy boleh mnyertai skim ini dgn mggunakan duit smpnan sndri sbyk rm5000 tnpa membuat loan.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Anda boleh rujuk di bank yang terddekat.

    [Reply]

  • Bapa 65thn (sept’1947) ada pencen RM2,500sbln MANAKALA Ibu 57thn (mac’1955) tidak bekerja..tiada pendapatan lain dan tiada akaun ASB. Adakah mereka layak momohon pd feb/MAC’2012?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Lisa: Emak anda mungkin layak.

    [Reply]

  • salam,kak nak tanya suami kak berkerja di bidang perhotelan berpendapatan tak menentu. bergaji kasar RM1800 setelah di campur point kadang2boleh dapat RM3000++ tapi bukan sepanjang tahun. Kak adalh seorang suri rumah anak 4 orang. adakah layak untuk memohon.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Kida: tolong rujuk di bank berdekatan berkaitan keadaan sebegini. Mungkin menggunakan gaji purata tahunan.

    [Reply]

  • saya seorang surirumah.mempunyai 5 anak.suami sy seorang tentera.gaji pendapatan bulanan rm3200 tetapi sudah ditolak pinjaman bank dan potongan yg lain jd tinggal gaji bersih rm1700.Adakah saya layak untuk memohon skim ini…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @veronica: Tidak layak, Gaji kasar harus RM3000 dan kebawah.

    [Reply]

  • Salam,Saya mempunyai loan asb sebanyak rm10k dan gaji kasar kurang 2k sebulan tapi mempunyai simpanan peribadi dlm akaun asb sebanyak rm1100 adakah saya

    @ isteri layak utk memohon.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @jika anda mempunyai pelaburan ASB suami+isteri kurang RM10000, anda layak.

    [Reply]

  • Adakah bujang duduk bersama ibu bapanya, gaji besih sekeluarga dgn 2200 sahaja.layan tak?
    Terima kasih…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Syarat menyatakan perlu berkahwin… Ape2 tolong rujuk kat pihak bank untuk lebih terang..

    [Reply]

  • gaji sy dan istri dlm 3100..kalu sy memohon adakah boleh dipertimbangkan??

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Pertimbangan tidak dfapat dipastikan tetapi mengikut syarat tidak layak.

    [Reply]

  • saya bekerja dan gaji RM1800.00 isteri pula berniaga kecil2an pendapatan kami x lebih RM3000.sebulan, kami ada simpanan di asb lebih kurang RM9,000.00. mengikut kiraan ini sya memang layak. dan soalan saya ialah; boleh kah saya/kami menambah sedikit2 simpanan saya/kami di asb hinggah melebihi RM10,000.00 pada masa akan datang setelah saya layak memohon dgn skim ini?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @ropug: Tidak pasti dengan situasi sebegitu.. mungkin boleh..

    [Reply]

  • TIAP2 BULAN KENA BAYAR BERAPA RM

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @ain: tidak perlu bayar bulan2.. jika pelaburan tersenut dibuat melalui pinjaman mereka akan tolak daripada dividen bulanan

    [Reply]

  • saya belum berkahwin,gaji sebulan rm900.dan masih duduk sama ibu bapa saya ..adakah layak untuk saya memohon..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @saiful: Syarat menyatakan perlu berkahwin… Ape2 tolong rujuk kat pihak bank untuk keterangan lanjut

    [Reply]

  • saya nak tanya.. bolehke mengisi borang amanah sara 1 malaysia ini sekiranya nama saya pernah digunakan oleh kawan untuk membeli peti sejuk di court dan tidak membayarnya.. dan nama suami ada blacklist..layak ke saya mengisi borang

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @jamilah: Masih boleh gune nama isteri but suami yang blacklist x pasti dan mungkin tidak layak.

    [Reply]

  • salam…nk tnya klu gji RM480 sbulan lyak ka????yg bjang pun ble apply ka??

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @yan: bujang x boleh… boleh dapatkan maklumat kat bank…

    [Reply]

  • Saya berpendapatan kurang rm3000 sebulan. Masih tidak berkahwin. Adakah saya layak memohon. Borang dah ambil, tapi hesitate nak submit.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @ilya: tidak pasti yang berkahwin boleh atau tidak, tetapi sedangkan braong sudah diambil apa kata cuba sahaja.

    [Reply]

    Ilya Reply:

    Ok, thanks. Semalam pergi bank dan tanya. Bank cakap boleh cuba.

    [Reply]

  • saya mempunyai acct ASB tp dalam acct tu tak lah banyak sangat,mungkin tak sampai rm100. sya seorg ibu tunggal & mempunyi seorg ank baru berumur 3tahun,pendapatan saya tidak sampai rm1,000 dan saya juga perlu membayar bulanan kereta saya rm400 sebulan. jadi,adakah saya layak untuk memohon? dan, adakah borang permohonan saya boleh print out dari internet?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Borang boleh didapati di jenis bank yg tersenarai sahaja.

    [Reply]

  • Persoalannya,adakah saya layak untuk memohon skim tersebut? pada pendapat saya, penerangan yang diberikan belum cukup memuaskan bukan hanya saya shj tp kepada semua rakyat msia juga.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Layak, Hanya penerangan ini diberikan mahupun di laman web SARA 1Malaysia. Kunjungi bank yang menyertai berdekatan untuk keterangan lanjut.

    [Reply]

  • saya ada mengunjungi bank berdekatan & ingin memulakan pelaburan SARA1MALAYSIA ini dengan duit sendiri tetapi diberitahu bhw di bank hanya pelaburan melalui loan sahaja. Jd saya inginkan maklumat, dimanakan borang blh di ambil untuk pelaburan ini dengan duit sendiri?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Shida, tidak bertanya soalan ini pada pihak bank? bagaimana prosedur jika hendak melabur dengan wang sendiri.

    [Reply]

    shida Reply:

    Semlm telah ada pengumuman yg skim ini hanya melalui loan shj dan tidak boleh melalui pelaburan sendiri….juga untuk pengetahuan lain, borang tersebut boleh difotostat.

    [Reply]

  • salam nk tanya….orang bujang memang tak layak ye? walau pon pendapatan nya di bawah rm 3000.00

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Farah: Begitulah yang disyaratkan…..

    [Reply]

  • salam….kenapa pelaburan 1mlaysia ni tidak terbuka kepada orang bujang yg bpndapatan kurang dari rm3000..sedangkan pelaburan ini untuk rakyat 1malaysia….bg pndapat sy plaburan ini haruslah dibuka kpada semua peringkat yg bpndpatan rendah tmasuk org bujang….

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Ya, saya trut terkilan kerana saya pun bujang…Yg bru nak myimpan…xda ke skim tuk bujang2 seperti kita… T_T sb nak cr maklumat psl skim ni la sy buka byk blog + website smpai dh hafal syrt2 dia…syrt dia kna dh berumah tgga… rumah sy mana ada tga..huaaaaa…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Lain kali bina tangga dulu then baru bina rumah… hua…hua..hua..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Apa yang diluahkan sememangnya benar tetapi tidak tahu ape rancangan kerajaan

    [Reply]

    A'isha Reply:

    skrg rumah moden, kondo2 naik lif ja trus masuk rmh..rumah bos sy la..rmh sya xda tga.lif pun xda, kua2 dh kt laman rmh..hua..hua…

    [Reply]

  • salam nk tya,sy kurang faham dgn skim ni,adakah pinjaman 5000 itu akan diberikn secara tunai,harap dpt la diberi penerangan…tma ksh….

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Tidak diberi tunai. ianya trus didepositkan ke dalam saham.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    tidak sama sekali. akan terus dilaburkan ke dalam skim tersebut.

    [Reply]

  • Tngahari tadi sya sudah p di May bank untuk urusan sara 1 Malaysia kawasan kk..
    mereka x bagi borang cuma dia tanya dokumen yg perlu di sediakan
    1. salinan kad pengnalan pemohon 2 salinan dan bwa sama yg orignal
    2. salinan kad pngnalan isteri 1 salinan dan bwa jga original
    3.slip gaji 3 bulan berturut2 yg disahkan bnar oleh majikan
    4.surat iringan BR1M 1 salinan ( mereka yg telah menerima boucer RM500.00 memang ada menerima surat iringan ini) sya hampir terlepas peluang kerana surat ini sudah termasuk dalam tong sampah kerana menyangkakan ia x ada guna lagi.mujur juga sya cari2 ia mc ada di dalam tg smpah.dan kpd mereka yg x menyimpan surat ini harap di beri kelongaran atau kna rujuk semula di LHDN.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Ropug: terima kasih atas maklumat tersebut. Kepada yang lain sila ambil perhatian.

    [Reply]

  • melabur dgn wg sendiri x boleh mesti kna loan juga di Bank.

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Kalo ikut syarat, sepatutnya boleh gna wang sndri.. kna mta penjelasan dri pihak bank tersebut.

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Tetapi peraturan di laman web SARA 1Malaysia tidak memberitahu sedemikian.Kalau semua orang buat pinjaman yang untungnya pihak bank lar.

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Encik..napa blog ni xda button ‘Like”? sy nk like komen encik td..huahauaaaa

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Komen memang xde butang like.. sebab ini Ceritakini.Com bukan Facebook.com :p

    shida Reply:

    telah ada penjelasan oleh PNB…hanya boleh melalui loan di 4 bank yg mengambil bahagian sahaja…tidak blh melalui guna wang sendiri…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Yeke? Jadi ini macam kita bagi duit free je kat bank.

  • saya nak tanya, ayah saya seorang pesara manakala mak saya seorang suri rumah berusia 55 tahun dan seorang suri rumah.layak x kalau mak saya nak memohon?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Kalo ckup syarat, spttnya layak.

    [Reply]

  • Adakah isteri yg tak bekerja 100% layak skim ni,sedangkan suami blacklist ? pendapatan kasar keluarga bawah rm3ribu..

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Ya, layak.

    [Reply]

  • salam admin..
    sy nk kpastian.. skim ni cume utk individu yg dh bkahwin je ke.. Camne dgn yg bujang, tp bpendapatan <3000 sbln.. Adakah kami x layak utk memohon.. Agak kecewa dgn syarat yg ditetapkan :-(

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Begitu lah kata peraturan yang ditetapkan…

    [Reply]

  • PENDAPATAN KAMI SUAMI ISTERI KURANG DARI 3,000. TP SUAMI SAYA ADA BUAT PELABURAN SEBANYAK 20,000. LAYAK TAK JIKA SAYA MOHON ATAS NAMA SAYA.

    terima kasih.

    [Reply]

    shida Reply:

    tidak layak kerana skim ini adalah skim bersama pasangan…pihak bank akan menghantar borang permohonan yg telah diisi untuk ditapis oleh pihak PNB…sekiranya lulus…barulah pihak bank akan hubungi peserta untuk buka akaun-begitu yg diberitahu oleh pihak bank tadi laa..

    [Reply]

  • saya dan suami berpendapatan kurang dari 3k tetapi suami ada membuat pinjaman asb lebih dr 10 k…adakah saya layak utk skim ini

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    mungkin layak bagaimanapun terpakasa mendapatkan maklumat lengkap di bank..

    [Reply]

  • saya dan suami berpendapatan kurang dari 3k tetapi suami ada membuat pinjaman asb 4ok.adakah saya layak memohon skim ini…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @iera: tidak layak sama sekali. Sudah melebihi 10K

    [Reply]

  • nak tnye berape lamekah tamat tempoh matangnye loan ini?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Adam: loan, sampai habis bayar.. tapi skim tu berterusan.

    [Reply]

    adam Reply:

    lepas habis bayar adakah saya boleh ambil pinjaman saya sebanyak rm 5000 ini?

    [Reply]

  • salam..sy brumr 19 thn, x brkrja,tnggl brsma ibubapa.. layak x sy memhon???

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Nia: tidak layak, perlu berisi rumah ataupun ibu/ bapa tunggal.

    [Reply]

  • Salam, nak tanya, ibu saya ibu tunggal, tidak bekerja dan menerima pencen bulanan RM900. Layak tak dia memohon skim ini. Bila merujuk bank, pihak bank kata pencen bukan pendapatan dan tak layak,harap dapat menjawab persoalan ini

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @fakharul: Sila dapatkan pertanyaan sama di bank yang berbeza. mungkin boleh berkongsi dengan kami disini.

    [Reply]

  • salam..nak tnya.bgaimana jika pmohon mpunyai simpanan di dlm akaun simpanan dlm jumlah yg byk?adakah layak?

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @aien: mungkin layak kerana ia tidak menyebut ape2 tentang simpanan peribadi.

    [Reply]

  • Tadi dh hantar permohonan ni kat CIMB. Pegawai tu ckp, skim ni “1st come 1st serve”. So,lega coz dh hantar p tak tau lagi result berjaya atau tidak. Yg pelik nya pegawai tu pun x berapa pasti ttg skim ni. siap cakap kiter just perlu “tambah” rm34 bayar bulanan (dia sendiri cakap dia agak2 jer coz permohonan tu d urus kat KL). Jadi,saya pulak yg jadi CONFUSE coz setahu saya dividen bulanan RM134. Actually,tak kisah sebenarnya kalo betoi perlu bayar rm34..nk wat camner dh nama benda “Pinjaman”. Yg merisaukan saya,saya dh terbagi informasi 2 hari yg lepas kat org tua saya d kmpung cakap tak perlu bayar apa2 coz dividen tu dah dapat cover bayaran bulanan. Kesian pulak org tua tu nanti.. dah ler trpaksa pergi bank naik boat. Kat kpg saya tu xder bank..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @RZ: Sebenarnya kita tak perlu bayar ape2 jika membuat pinjaman kerana ianya akan siap2 potong bayaran pinjaman kita kepada bank secara ansuran daripada dividen. Kemungkinan besar pihak bank sendiri kurang pendedahan dan tidak mempunyai maklumat tepat

    [Reply]

    RZ Reply:

    Terima kasih.. nanti kalo berjaya @ tak,nanti saya share same2 k..

    [Reply]

  • saya suriumah ,menjahit sambilan kt umah..pendapatan x menentu…150-200 sebulan….kadang2 x de….abg gj kasar 2900 tp lepas tolak tggl dlm 1800 je…tanggungan 5 org bersekolah…layak ke sy memohon…sb sy dah pg bank suriumah yg ada pendapatn sampingan yg layak….abg x leh sb bliklist…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Suee: terima kasih untuk maklumat tersebut

    [Reply]

    suee Reply:

    nak tnye blh layak ke gj abg 2900..lpas tolak tggl 1800…sy kadang ada kadang x de,..dlm150 sebulan,..menjahit…

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @suee: mcm pendapatan suee tidak disahkan, saya rasa boleh dengan gaji suami RM2900.

  • sya pun bingung jga dgn skim nie… may bank di putatan ckp kna byar RM84.00 sebulan dia kta klu ko gagal byar selama 3 blan ko pnya pelaburan automatik kna tutup dia kata.

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Kalo diikutkan, xplu bayar sb potongan dibuat melalui anak saham setiap bulan. Stiap bulan anak saham adalah sbyk RM134. kalo buat loan, bank akan potong RM84. kalo xnak bank potong, kita bleh ambek inisiatif bayar sndri kt bank RM84 so abis 5tahun, kita akan dpt bersih RM13K… Itu penerangan yg saya faham. cuba mta kepastian dri pihak bank tuk maklumat lanjut..

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Betul2…..

    [Reply]

    misah Reply:

    td pg bank bsn durg pun x paham…yg durang tahu kita kena byr 84 bln2…lau x byr 3 bln kira batal trus saham yg kita laburkan….kt maybank plak kt saham nie tuk yg btl2 daif,…lau dah daif mcm mn nk byr 84….aduihhh..pening

  • saya student, layak tak memohon?atau boleh ke guna nama saya sbg wakil lm famili untuk apply then pkai penyata pendapatan parent?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Ika,

    Rasanya dapat kalo ika sbgai wakil dlm family n gna pnyata parents. asal total up gaji kasar adalah = or xlebih RM3K….

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    Dalam satu isi rumah hanya sorang layak. dan dalam syarat ditetapkan seperti dibawah:

    > Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
    >Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

    [Reply]

  • saya ada membuat pinjaman asb 10k dah habis bayar kemudian saya buat lagi 10k. sekiranya saya jual saham asb 10k yg habis bayar tu adakah saya layak. pendapatan saya dan suami bawah rm3000

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @Ros: Pendapatan kasar Ros + Suami Ros = tidak lebih daripada RM3000, saham Ros sekarang RM20,000 dan tidak pasti layak atau tidak jika dijual dalam masa terdekat.

    [Reply]

  • peraturan d bank pun x selaras pada hal bank yg sama, lain cawangan lain peraturan, ada yg minta salinan surat kahwin dan surat beranak anak2 (tanggungan)….

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    @ropug: kemungkinan besar masing2 tidak faham tentang skim ini lagi..

    [Reply]

  • mcm 2,..ssh sangat nak mohon,..td g maybank tp layanan mcm ape2 siap tengking2 kt permohonan utuk yg btl2 daif je dan bliklist abg ,..istri x leh mohon….pas tu malu sangat kt ctu…pg kt bsn ok je layanan mmg memuaskan,…tp x pasti ttg byran 84 tu….org kt bank pun x paham…kt nye cuba je mohon yg proses bkn bank,…tp pnb,…entahlah…….btl2 x paham???????

    [Reply]

    misah Reply:

    nape x jwb soalan sy………..adui

    [Reply]

  • askum sya nk ? LYK x saya perima rmh pprt.x lyk ke sya skim ni

    [Reply]

    Encik Cerita Reply:

    x layak rasanya…

    [Reply]

  • Salam,adakah bujang tidak lyk memohon skim ni????

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam Niena,

    Ya, stakat ni bujang mmg xlayak..

    [Reply]

  • salam,,

    nak tanye..kalau ayah saya nelayan, pendapatan kasar bulanan lebih kurang rm500, bapa tunggal, bole tak memohon skim nie? macam mane kalau xda slip gaji?

    terima kasih..

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Layak, kalo xda slip gaji, mta pengesahan dari ketua kampung etc mengenai pendaptan bulanan..

    [Reply]

  • peniaga pasar malam pendapatan tidak tetap,ada ASB kurang dari sepuluh ribu,adakah layak memohon?

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Layak. sila baca syarat yg ditetapkan tuk keteranga lebih lanjut..

    [Reply]

  • salam 1 malysia……….. sy nk ty, sy blum berkahwin dn menyara ibu yg uzur, adakah sy layak memohon bg pihak ibu…. ibu berumur 64….tq

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Saya kurang pasti kemungkinan layak. tetapi sila rujuk kepada pihak bank tuk keterangan yang lebih lanjut..

    [Reply]

  • saya nak tanya la sikit…saya masih bujang…tapi tngungn ada…kedua ibu bapa saya…adakah saya boleh memohon skim ini…

    [Reply]

    TUBAIRAUNG Reply:

    sama lh kita. layak rasanya sebab ada tanggungan. lagipun dalam borang ada tanya status kahwin. tick ‘BUJANG’.

    [Reply]

    A'isha Reply:

    Salam,

    Sya tidak pasti, sila bertanya kepada pihak bank..kemungkinan atas nama bapa atau ibu mgkin layak mendapat skim ini..

    [Reply]

  • saya seorang surirumah,suami saya bekerja dan mempunyai pendapatan rm3100.anak 5 orang masih ber sekolah semua.adakah saya layak.

    [Reply]

    TUBAIRAUNG Reply:

    layak jika suami puan tidak memohon

    [Reply]

  • SAYA MASIH BUJANG. TETAPI MEMPUNYAI TANGGUNGAN 4 ORANG (AYAH, EMAK DAN ADIK 2 ORANG). KEBANYAKAN ORANG MENGATAKAN STATUS BERKAHWIN SAHAJA BOLEH MEMOHON SAHAM SARA 1MALAYSIA. TETAPI KENAPA DALAM BORANG ADA MELETAKKAN STATUS PERKAHWINAN ‘BUJANG’ UNTUK DI TICK. DAN JUGA SATU SALINAN KAD PENGENALAN PASANGAN JIKA BERKAHWIN. Apa maksud ‘JIKA BERKAHWIN’? Maksudnya orang itu boleh memohon walaupun tidak berkahwin jika mempunyai tanggungan.

    [Reply]

  • salam..admin,sy nk tau..abh sy lhr pd bln oct 1953.ikt taun mmg xlyk.tp had umur pd trikh lhr atw taun?kalau ikt bln klhrn,abah sy lyak kn?tp xde pndptn.dh brsara.t0tal pndptn seisi rumh rm650 dr sy.tp xde payslip.cme mengasuh budak.sy blm brkhwin..mcm mne ye.blh sy dptkn pnjlsn??

    [Reply]

  • Salam,

    Ayah sy hmpir bersara dn gji kasarnya RM1,800. Mak saya suri rumah dan tidak bekerja tetapi mempunyai simpanan dalam ASB RM 10,000. Adakah mak saya layak membuat pelaburan SARA 1 Malaysia ini menggunakan slip gaji ayah saya? Maksudnya, mak saya merupakan pemohon bagi saham ini?

    [Reply]

  • Salam,

    Sekiranya saya mempunyai masalah dengan bank seperti ( Blacklist ), adakah saya layak memohon skim ini dan bagaimana harus saya memohon skim ini.

    Terima kasih.

    [Reply]

  • saya berpendapatan RM1600. manakala isteri pula berpendapatan rm8000. boleh tak saya apply skim ni.

    [Reply]

  • maksudnya disini, pasangan yang melebihi 3k sebulan(pendapatan kasar isi rumah) dan isteri ada pembiayaan asb bernilai 10k
    Jadi, bolehkah saya menggunakan wang sendiri untuk melabur dalam skim sara ini tanpa membuat pinjaman?

    [Reply]

  • as salam,
    saya surirumah sepenuh masa. suami bekerja sendiri (berniaga) tetapi hasil dari perniagaan tidak memberangsangkan. pendapatan bulanan tidak menentu dan hutang makin bertambah. saya ada simpanan ASB tapi dah lama tak aktif (baki sekitar rm300). maknanya saya boleh mencuba skim ini ya?

    lagi satu, adakah laman ini masih aktif kerana nampaknya macam tiada reply bagi komen-komen terkini. sekian, terima kasih.

    [Reply]

  • assllaikm,saya nak tanya,.saya nie mualaf .dr sarawak..1:mpunyai sorg anak umur 2 tahun…2:saya nie tak keja,surirumah sepanjang masa…3:suami saya keja sendiri,gaji tdk tetap[kurang dr rm400 sbulan] 4:kami tdk mempunyai rumah..tp,tinggal bersama mertua ..5:saya ada simpanan di [skim amanah saham bumi putera] sebanyak rm1000..adakah saya layak?jika layak bagaimana ?

    [Reply]

  • Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Apakah Anda berhutang dan ingin menjadi bebas dari utang, Perlu hipotek gratis, bisnis atau personal loan?
    Apakah Anda membutuhkan pinjaman pada tingkat bunga yang wajar rendah? Apakah Anda tertarik untuk melunasi utang Anda tanpa stres? Perlu konsolidasi utang? Pribadi atau pinjaman bisnis? Kemudian Anda berada di tempat yang tepat, karena pengelolaan PERUSAHAAN PINJAMAN WILCOX saat memberikan pinjaman pada tingkat bunga rendah, dengan durasi pembayaran 1-30 years.If berminat mengisi formulir di bawah ini dan Anda akan mendapatkan kembali kepada kami sekarang.

    Klien Pinjaman Formulir Aplikasi
    ================================
    Nama Pertama: ….
    Nama Belakang: ……
    Alamat: ….
    Negara: ……
    Nomor telepon: …..
    Fax: …..
    Pekerjaan: …..
    Pendapatan Bulanan: …..
    Usia: ……………
    Pinjaman jumlah yang dibutuhkan: …..
    Email: ……
    Durasi Pinjaman …..
    Tanggal diperlukan ……

    Tertarik harus silakan mendapatkan kembali kepada kami melalui
    Email: wilcoxloann@gmail.com

    Tertarik harus silahkan kembali ke kami melalui: Email: wilcoxloann@gmail.com.

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

SPONSOR KAMI!