Browsing articles tagged with " Bersih 2.0"
Jul 10, 2011
Encik Cerita

10 Gambar Terbaik Bersih 2.0 – 9 Julai 2011

Encik Cerita ingin mengulas sedikit mengenai Bersih 2.0 yang dijalankan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Statistik PDRM mengatakan lebih 1000 orang orang ditahan semasa demonstrasi. Antara ditahan merupakan lelaki and wanita dewasa dan juga kanak lelaki dan perempuan.

Demonstrasi ini juga menarik tumpuan saluran berita luar negara seperti CNN dan juga Al-Jazeera. Adakah Malaysia mempunyai pemimpin berkaliber? Apakah menyebabkan rakyat bangun berdiri untuk hak mereka? Semua jawapannya ditangan anda. Berikan komen anda mengenai soalan tersebut.

Marilah sama-sama kita saksikan 10 gambar terbaik Bersih 2.0 pilihan Encik Cerita. Teruskan Membaca »

Jul 8, 2011
Encik Cerita

19 Jalan Yang Ditutup Sekitar Kuala Lumpur – Bersih 2.0

Pihak Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku di sekitar Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Anataranya ialah menutup Perhentian Bas Puduraya, Perhentian Bas Putra dan juga Perhentian Bas Pekeliling.

Selain itu pihak polis juga mengambil langkah menutup beberapa jalan-jalan ke Kuala Lumpur. 19 jalan yang ditutup dikenalpasti iaitu:- Teruskan Membaca »

Jul 6, 2011
Encik Cerita

Bersih 2.0 Di Stadium Merdeka 9 Julai 2011

Berita terkini tentang Perhimpunan Bersih 2.0, selepas wakil Bersih 2.0 mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium, kini tempat telah ditetapkan dan menunggu  persetujuan pihak kerajaan.

Tempat yang dicadangkan adalah Stadium Merdeka. Perhimpunan tersebut bakal bermula pada pukul 2 petang pada hari tersebut dan tamat pada 4 petang.

Pendapat yang dikemukan oleh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan untuk cadangan tersebut: Teruskan Membaca »

Jul 5, 2011
Encik Cerita

Perhimpunan Bersih 2.0 Di Stadium

Selepas pelbagai kontroversi dan bantahan ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, kini selepas Titah daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di stadium. Keputusan ini telah diambil oleh wakil BERSIH 2.0 setelah mengadakan perjumpaan dengan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

BERSIH 2.0

BERSIH 2.0

Tarikhnya masih sama iaitu 9 Julai 2011 tetapi tempat iaitu stadium masih belum di ketahui. Teruskan Membaca »

SPONSOR KAMI!